Pertandingan Ratu Cantik Plastik

BUDAPEST- Pertandingan ratu cantik lazimnya mencari wanita yang jelita namun sebuah syarikat disini menganjurkan pertandingan ratu plastic di Hungary, lapor sebuah akhbar.

Peserta-peserta itu merupakan pesakit beberapa pakar bedah. Mereka perlu menunjukkan apa sahaja asset plastic termasuk payu dara, hasil sedut lemak dan pemindahan rambut. Sekumpulan hakim pertandingan bukan sahaja menilai prestasi semasa hari pertandingan malah mereka akan turut memeriksa rekod perubatan peserta. Namun, pertandingan yang bermula hari ini di sini turut mencetuskan ketegangan berikutan beberapa insiden di belakang tabir.

“Saya akan menyaman pembekal rambut kerana bahan yang mereka bekalkan terbakar ketika ia di warnakan. Nasib baik ia terbakar sebelum dipasang ke kepala saya,” kata seorang peserta, Alexandra Horvath. Pihak penganjur berkata, acara itu membenarkan peserta berumur 19 hingga 38 menyertainya bagi meraikan kecantikan tubuh baru mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge