Polis Cari 6 Lelaki Kes Curi Cip Mikro RM22 juta Di Pulau Pinang

Pada hari Ahad minggu lepas , dilaporkan sebuah kilang yang menyimpan cip mikro unit pemprosesan komputer (CPU) di kawasan Perusahaan Perai Bukit Tengah telah dirompak.

Sehubungan dengan itu, pihak polis kini sedang mencari 6 lelaki  bagi membantu siasatan kes curi Cip Mikro ini.

Lelaki-lelaki tersebut ialah M. Vikneswaran, 21, K. Karunageran, 27, P. Vinokumar, 23, Ooi Kah Ken, 36, S. Kalidas, 28, dan A. Jaykumar, 26 dan kesemua mereka ini diminta hadir dimana-mana balai polis yang berhampiran.

Sementara itu, menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, polis berjaya menemui semula sekotak cip bernilai RM75,000 dan 2  suspek lain berjaya ditahan.

2 Suspek yang ditahan itu direman  selama 7 hari dan polis percaya kes curi Cip Mikro komputer ini dapat diselesaikan.

Gudang kilang chip komputer yang dirompak oleh kumpulan penjenayah di kawasan Perusahaan Perai, Bukit Tengah Ahad lepas. Perompak dikatakan memecah masuk mengikut pagar belakang gudang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge