Polis Guna K9 cari Kanak-Kanak hilang

Pihak polis dilaporkan menggunakan khidmat dua anjing pengesan (K9) untuk menjejaki kanak-kanak hilang, William Yau Zhen Zhong, 6, di kawasan bukit dan belukar berhampiran lokasi kanak-kanak itu dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu. William Yau dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Seksyen 7, Putra Height , Subang Jaya, Selangor.

Selain menggunakan unit K9, polis juga mengedarkan gambar William dikawasan sekitar. Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, kes kehilangan William turut dihebahkan ke semua negeri termasuk penguat kuasa di pintu masuk negara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil di balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya melalui talian 03-56319800.

Info berkenanaan: William Yau berketinggian 0.7 meter (70 cm), kali terakhir memakai baju-T tidak berkolar, berseluar pendek kuning keemasan dan ada kesan parut di dahi.

image
Polis dari Unit K9 ketika melakukan operasi mencari mangsa. – foto Sinar harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge