Polis isytihar perang ke atas peragut

Susulan seorang wanita ditetak bertubi-tubi oleh peragut di Jalan Sultanah Zainab Kota Bharu kelmarin, Polis di Negeri Kelantan mengisytiharkan perang secara besar-besaran ke atas peragut.

100 anggota polis wanita dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu diarah turun padang bermula hari ini bagi merealisasikan langkah ini kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman .

Anggota polis wanita itu akan mendekati pengunjung wanita di sekitar bandar raya ini bagi memberikan tip-tip mengenai keselamatan. Antara lokasi di Kota Bharu yang diletakkan anggota polis wanita terbabit ialah di Pasar Siti Khadijah, KB Mall dan Pasar Buluh Kubu.

Pada kejadian kelmarin, Rohairani Abdullah, 36, ditetak dengan parang oleh peragut yang cuba meragut beg tangannya apabila dia enggan melepaskan beg itu.

peragut tetak
Orang ramai membantu Rohairani Abdullah -gambar dari UTUSAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Polis isytihar perang ke atas peragut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge