Polis sah Bible B Inggeris tiada kalimah ALLAH

Polis mengesahkan semua Bible yang dirampas dicetak dalam Bahasa Inggeris dan tidak mengandungi kalimah ALLAH seperti dakwaan sesetengah pihak baru-baru ini.

“Sebanyak 17 rakaman percakapan dibuat bagi membantu siasatan. Siasatan awal mendapati, Bible itu ditulis dalam Bahasa Inggeris dan tiada kalimah ALLAH,” kata  Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi dalam kenyataan media semalam.

Menurut  Datuk Abdul Rahim, 5 naskah Bible itu bersaiz poket, berwarna biru dan mengandungi 633 muka surat.

“Di muka depan tertulis ‘New Testament Psalms Proverb’. Kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Pada jumaat lalu, seorang remaja membuat laporan polis apabila dia  melihat 2 lelaki dengan tingkah laku mencurigakan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong sambil mengedarkan buku kecil kepada pelajar sekolah berkenaan.

Mengikut maklumat daripada pengadu, perkara tersebut dilakukan 3 lelaki dan seorang wanita Cina.

EYNT

Gambar Hiasan – kredit sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge