Pondan Belasah Samseng

Kes ini berlaku di Swansea, England. Dua lelaki berpakaian wanita yang membelasah sehingga lembik dua samseng yang menyerang mereka tidak disangkal lagi memiliki tubuh yang sasa,lapor sebuah akhbar. Walaupun berpakaian wanita dan bermekap, Daniel Lurwell dan James Lilley bukan pondan seperti sangkaan dua samseng itu, Dean Gardener dan Jason Fender, masing-masing berumur 19 serta 22 tahun semasa mereka cuba membelasah kedua-duanya. Kedua-dua samseng itu tidak menyangka bahawa Lurwell, 23, dan Lilley, 22, sebenarnya ialah ahli gusti kurungan professional Britain yang popular dengan gelaran Lionheart dan Light Out. Menurut dua ahli gusti itu, mereka keluar menghadiri satu parti bujang dengan memakai pakaian wanita di sini apabila dua samseng mabuk itu tibatiba muncul dan menghamburkan katakata kesat.

“Salah seorang daripada mereka mengejek saya dengan menyatakan, cantik baju awak dan budak gay sebelum menumbuk saya,” kata Lilley.

“Beberapa saat kemudian, saya membelasah kedua-dua samseng itu sehingga mereka rebah ke lantai,” tambah ahli gusti itu.                                                               Dua samseng itu yang ditangkap berpandukan imej rakaman litar tertutup [CCTV] mengaku bersalah kerana berkelakuan agresif sebelum dihukum melakukan kerja komuniti selama empat bulan oleh hakim, memakai tag elektronik dan dikenakan perintah berkurung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge