Pukauan Pak Arab

Sekumpulan tiga pelancong Arab didapati bergiat aktif menyamun butik atau kedai di Kuala Lumpur menggunakan kaedah pukau. Mereka terdiri daripada seorang wanita berumur 50 an dan 2 orang lelaki. Taktik mereka untuk melakukan jenayah itu ialah berpura-pura memasuki sesebuah premis terutama menjual cenderamata kepada pelancong sebelum berpura-pura membeli satu daripada barangan dijual itu.

Menurut sumber, satu kejadian baru telah berlaku kelmarin di sebuah kedai cendermata dengan nilai kerugian rm 600.

“Ketiga-tiga mereka berjalan berasingan dalam butik berkenaan bagi mengalih pandangan rakan mangsa. Seorang daripada mereka mengambil satu cenderamata dan diberikan kepada mangsa untuk dibeli bersama wang.

“Mangsa diekori dua lelaki terbabit untuk mengambil baki wang mereka. Kemudian mereka memberitahu mangsa untuk melihat wang kertas RM100 ketika mangsa mahu memulangkan semula baki wang mereka dengan alasan tidak pernah melihat wang itu,” kata sumber.

Walaupun kejadian ini berlaku dikedai-kedai,orang ramai diluar sana dinasihatkan berhati-hati kalau jumpa dan dihampiri pak arab atau sesiapan saja yang tidak dikenali jangan terpengun sangat kerana dikhuawatiri terkena pukau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge