Rafizi nafi minta maaf kepada Zahid Hamidi

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menafikan laporan beberapa media sosial mendakwa beliau telah memohon maaf kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini sambil menegaskan akaunnya digodam. Menurut Rafizi  kenyataan itu adalah tidak benar serta berniat jahat dan ia direncanakan oleh blog pro-Umno dengan tujuan memfitnahnya dan mengelirukan rakyat.

“Saya dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan saya ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Datuk Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini.

“Sejurus selepas itu juga, laman-laman blog pro-Umno menyiarkan berita melaporkan kononnya kenyataan maaf tersebut.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salah guna dana Angkatan Tentera Malaysia,” kata beliau dalam satu kenyataan media lewat petang ini.

Rafizi Ramli juga menegaskan bahawa dia akan terus menghadapi saman fitnah yang dikemukan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

image
Mohd Rafizi Ramli – foto Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge