Rajagobal dan Kim Swee Tidak Bermusuh.

Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) menyokong tindakan jurulatih Harimau Malaya,Datuk K.Rajagobal senaraikan lima pemain Harimau Muda pada kunjungan ke Hong Kong pada 16 Oktober ini.Lima pemain tersebut ialah Izham Tarmizi Roslan(penjaga gol),Fadhli Shas,Wan Zack Haikal Wan Nor,Gary Steven Robbat(Harimau Muda A) serta Zubir Azmi(Terengganu)

Setiausaha Agung FAM,Datuk Azzud-din Ahmad berharap pemilihan lima pemain tersebut tidak lagi dijadikan isu besar.Tambahan pula pengendali Harimau Muda,Ong Kim Swee sendiri bersetuju untuk melepaskan mereka.

“Kami tidak mahu mencipta suasana yang tidak selesa.Tiada istilah ‘curi’ pemain dan ia seharusnya diberikan keutamaan kepada skuad negara(Rajagobal) sebagai usaha untuk persiapan mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki.Buat masa ini, kami berada di landasan yang tepat dan tiada perselisihan faham antara Rajagobal dan Kim Swee. Kami telah duduk berbincang secara profesional.Hala tuju Kim Swee adalah mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar pada tahun depan.Saya yakin Kim Swee akan mencari pemain-pemain muda berbakat untuk kejohanan itu.Jadi, saya berharap perkara ini tidak disensasikan oleh mana-mana pihak,” kata Azzudin kepada pemberita pada sidang akhbar di Wisma FAM,Kelana Jaya semalam.

Turut hadir sama pengurus Harimau Malaya,Datuk Seri Subahan Kamal dan jurulatih,Rajagobal serta jurulatih Harimau Muda,Kim Swee.

Skuad Harimau Muda dikatakan bakal beraksi pada kejohanan jemputan bawah 21 tahun(B-21) Piala Thanh Nien di Gialai, Vietnam,13 Oktober ini namun keputusan Rajagobal yang menyenaraikan lima pemain utama itu dilihat bakal merencatkan percaturan Kim Swee.Tetapi Kim Swee tidak melatah malah positif menerima keputusan itu sambil mempertahankan keputusan rakan sejawatnya,Rajagobal.

“Kita harus utamakan kejohanan Piala AFF Suzuki demi kepentingan negara.Secara realistik,sasaran kami adalah memenangi satu perlawanan pada kejohanan(Piala Thanh Nien).Jika saya memiliki pemain-pemain utama,saya boleh meletakkan sasaran yang lebih tinggi tetapi dengan barisan baharu,saya sasarkan ke peringkat separuh akhir sahaja.Ini kerana kejohanan itu turut disertai pasukan kuat seperti skuad B-21 Iraq dan Indonesia tetapi saya percaya ia akan menjadi satu pengalaman cukup berguna buat pemain-pemain baharu,”tegas Kim Swee.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge