Rakan Serumah Adrian Trauma Belajar Di Indonesia

Trauma menyaksikan kejadian pembunuhan Adrian Jay Pereira, dua gadis rakan serumah pelajar Malaysia itu mungkin tidak akan menyambung pelajaran mereka di Indonesia. Kedua-dua pelajar itu yang berumur 21 dan 22 tahun, yang juga menuntut di universiti yang sama dengan Adrian, di Universiti Brawijaya, Malang, Jawa Timur, juga dinasihatkan keluarga masing-masing agar tidak meneruskan pengajian di universiti itu.

Hasrat untuk tidak meneruskan pengajian di universiti itu telah disampaikan kedua-dua penuntut tahun tiga Fakulti Perubatanitu kepada Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) (cawangan Malang) Noorul Redzuan Mahboob Ali. Pembunuhan kejam rakan serumah di depan mata mereka telah memberi pengaruh yang amat besar kepada emosi kedua-dua pelajar Malaysia itu.

 

Rakan Serumah Adrian Trauma Belajar Di Indonesia

“Oleh kerana mereka nampak pelaku yang membunuh teman serumah mereka, kedua-duanya bimbang dengan masa depan mereka seandainya mereka kembali menyambung pengajian di sini,” kata Noorul ketika dihubungi dari Malang, pada Rabu.

Kedua-dua pelajar itu hari ini mengiringi jasad Adrian yang diterbangkan pulang ke Malaysia dari Surabaya dengan pesawat Penerbangan Malaysia. Dalam kejadian itu Adrian, 23, penuntut Fakulti Perubatan, Universiti Brawijaya, Malang, telah ditetak dengan senjata tajam di lehernya oleh orang tidak dikenali ketika beliau cuba menghalang penjenayah itu daripada mencuri motosikalnya di luar rumah sewanya di bandar Malang.

Noorul dan lima orang lagi rakan sekuliah adalah yang awal ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenai tragedi yang menimpa Adrian itu. Pada masa itu kedua-dua rakan serumah mangsa yang tidak dapat mengawal perasaan, telah meminta beliau menghubungi ambulans, yang lambat tiba walaupun sudah dihubungi sebelumnya.

“Jasad Adrian yang terbaring di bahagian luar rumah dalam keadaan berlumuran darah pada masa itu, merupakan sesuatu yang begitu menyayat hati” katanya.

Noorul dan rakan-rakan kemudian berusaha menghubungi seorang doktor tempatan yang mereka kenali, bagi mendapatkan ambulans. PKPMI, kata Noorul menyifatkan kematian Adrian sebagai misteri dan memohon kepada pihak berkuasa Indonesia segera menangkap pelakunya dan mengadili perbuatan jenayah yang mereka lakukan itu.

“Pelajar-pelajar Malaysia di sini (Malang) dan di seluruh Indonesia memerlukan keadilan dalam hal kematian yang menimpa rakan kami.

“Kami percaya kebijaksanaan pihak berkuasa Indonesia dapat merungkai misteri di sebalik kematian Adrian. Pada masa yang sama, kami berterima kasih kepada kerajaan Malaysia yang mengambil perhatian terhadap kejadian ini,” katanya.

Kejadian itu juga membuka mata pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia tentang pentingnya mereka mengutamakan keselamatan diri ketika berhadapan dengan keadaan seperti yang dialami Adrian. kredit – BERNAMA

 

Ps : Memang patut pun Rakan Serumah Adrian Trauma Belajar Di Indonesia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge