Remaja kejar penyamun ditembak lima kali

Seorang pemuda berusia 18 tahun ditembak lima das ketika dia mengejar dua penyamun yang merompaknya dalam kejadian di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran sebuah pasar raya di Pandan Perdana, semalam.

Walaubagaimanapun mangsa terselamat dan tidak cedera kerana kesemua tembakan penyamun itu tidak mengenainya .

Kejadian berlaku apabila kedai tempat mangsa bekerja di Pandan Perdana dimasuki dua lelaki berusia 20-an yang bersenjatakan pistol.Kemudian penyamun itu meminta telefon bimbit dan wang tunai mangsa. Selepas memperolehinya mereka melarikan diri dengan menggunakan kereta Proton Gen.2 berwarna merah yang diletakkan didepan premis berkenaan.

Dikatakan mangsa merempuh kereta dinaiki dua suspek itu dari belakang ketika berada di MRR2 berhampiran sebuah pasar raya di Pandan Perdana.Salah seorang penyamun tadi melepaskan 5 das tembakan dan salah satunya mengenai cermin depan kereta mangsa.

Mangsa memberhentikan keretanya manakala penyamun tadi melarikan diri.Laporan kes ini telah disahkan Superintendan Md Nazri Zawawi iaitu Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge