RM50 Juta Untuk Emas Olimpik.

Bermula tahun ini,sebanyak 50 juta diperuntukkan bagi persiapan program ‘Road to Rio’ menjelang Sukan Olimpik di Rio de Janiero, Brazil pada 2016.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,kerajaan sentiasa memberi penekanan dalam memastikan pembangunan sukan dilaksanakan secara berterusan.

“Atlet seperti Datuk Lee Chong Wei(badminton),Pandelela Rinong Anak Pamg(terjun),Datuk Nicol Ann David(skuasy) dan Mohd.Azizulhasni Awang(berbasikal) adalah antara wira dan wirawati sukan yang dikagumi.Pencapaian mereka di peringkat antarabangsa cukup membanggakan.Sehubungan itu, bagi tahun 2013,kerajaan memperuntukkan sebanyak RM738 juta bagi pembangunan belia dan sukan,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat semalam.

Program ‘Road to Rio’ adalah kesinambungan daripada program ‘Road To London 2012’ yang bertujuan mencari pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik.

Di bawah program ‘Road to London’ sebanyak RM20 juta diperuntukkan namun Malaysia hanya memperoleh satu pingat perak menerusi Chong Wei dalam acara badminton perseorangan lelaki dan satu pingat gangsa melalui Pandelela menerusi acara terjun 10m platform.

Najib berkata, sebanyak RM15 juta juga diperuntukkan bagi mempersiapkan atlet negara ke kejohanan sukan antarabangsa termasuk Sukan SEA 2013 di Myanmar,Sukan Para ASEAN 2013(Myanmar),Sukan Komanwel 2014 di Glassgow,Scotland and Sukan Asia 2014 di Incheon,Korea Selatan.

Selain itu,kerajaan juga akan membina sebuah velodrom tertutup di Seremban dan akademi badminton di Bukit Kiara dengan peruntukan sebanyak RM80 juta.

Selamat maju jaya diucapkan kepada para atlet negara di sepanjang perjalanan mereka untuk mengharumkan nama negara.Diharap segala kemudahan yang disediakan tidak disalah guna,usaha tangga kejayaan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge