Saintis Iran Buat Pengiraan Letupan Nuklear

Gambar rajah yang menunjukkan pengiraan letupan nuklear oleh saintis Iran.

Satu gambar rajah yang diperolehi oleh agensi berita The Associated Press menunjukkan bahawa para saintis di Iran telah mengendalikan simulasi komputer untuk sebuah senjata nuklear yang mampu menghasilkan kuasa letupan tiga kali ganda lebih kuat daripada bom atom pada Perang Dunia Kedua yang memusnahkan Hiroshima,Jepun.

Maklumat mengenai gambar rajah itu telah dibocorkan oleh pegawai-pegawai dari sebuah negara yang tidak bersetuju dengan program nuklear Iran.Mereka mendedahkannya sebagai hujah sokongan kepada dakwaan mereka yang mahukan program nuklear Iran dihentikan.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa yang merupakan pemerhati nuklear untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Vienna,Austria melaporkan pada tahun lalu bahawa pihaknya telah menerima gambar rajah tersebut.Menurut agensi tersebut,gambar rajah itu menunjukkan Iran melakukan pengiraan tentang letupan nuklear.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge