GameNow WP Theme

Dark Light
Sami Buddha Mahu etnik Rohingya dihantar ke negara lain

Nasib etnik Rohingya di Myanmar yang sebelum ini ditindas, semakin tidak terbela disana. Ini ekoran semalam telah adanya perhimpunan menyokong cadangan Presiden Thein Sein untuk menghantar etnik Rohingya yang beragama Islam ke negara lain. Perhimpunan itu turut disertai beratus-ratus sami Buddha di Myanmar .

Cadangan menghantar etnik Rohingya ke negara lain ditentang sebuah agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Myanmar sebelum ini menyifatkan etnik Rohingya sebagai pendatang haram dari Bangladesh.

Berdasarkan kajian, kebencian penduduk Rakhine sudah lama dan diwarisi daripada datuk nenek mereka yang mendakwa Rohingya bangsa pendatang yang mendiami daerah itu selepas dibawa masuk penjajah British sebagai tentera upahan (Anglo-Burmese War) bagi menakluki Burma.

“Isu Rohingya sukar difahami jika tidak diikuti dengan teliti.Setengah pihak pula, terutama penduduk Rohingya sendiri, mengaku mereka keturunan Arab yang berkahwin dengan penduduk tempatan dan menetap di kawasan itu sejak kurun ke-8 lagi. Mereka juga mempunyai bukti kewujudan empayar Muslim-Rohingya dengan salasilah kesultanan berserta bukti pemerintahan yang agak kukuh,” Kata Pengarah Eksekutif Malaysian Relief Agency (MRA), Mohd Shahrulazilan Said .

sami Sami Buddha Mahu etnik Rohingya dihantar ke negara lain
Dilaporkan ratusan Sami Buddha berarak dalam perhimpunan anti-Rohingya di Mandalay, Myanmar yang diadakan semalam.

pixel Sami Buddha Mahu etnik Rohingya dihantar ke negara lain
Sponsor
   

DAPATKAN UPDATE TERBARU

Update terbaru terus melalui email korang. Terima Kasih atas sokongan korang! Tanpa korang, takde la blog esempoi ni..hehe

Email Korang:

TwitterCounter for @sha_munira  


No comments currently exist for this post.
Leave a Reply:



CommentLuv badge

:comel: :menari: :teruja: :korek: :jahat: :bye: :study: :jalan: :tidur: more »


Sila Tengok Sila Like Fanpage Esempoi
Apesal.com
Latest Comments Login
Hi Stat
Meta