Sekolah Berusia 80 tahun ditutup

Dilaporkan sebuah sekolah yang berusia 80 tahun akan ditutup pada 1 Januari tahun depan. Sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Empat, Setiawan Perak.

Ini menimbulkan kegusaran dikalangan ibu bapa pelajar sekolah itu dan mereka telah mengambil kata sepakat memohon penangguhan penutupan sekolah sehingga sekolah baru selesai dibina.

Ada cadangan dari pihak berkaitan supaya pelajar dipindahkan ke sekolah lain. Walaubagaimanapun saranan itu  bukan tidak diterima namun, banyak faktor yang perlu difikirkan.

“Jika tukar ke sekolah berhampiran akan menimbulkan pelbagai masalah termasuk keselamatan kerana keadaan jalan yang sibuk.

“Cadangan menumpang sementara di sekolah lain boleh menjatuhkan moral murid dan guru sekolah ini memandangkan status mereka yang menumpang,” kata Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) sekolah, Akmal Abdul Rahim .

Difahamkan tapak sekolah itu bakal diambil semula oleh sebuah persatuan yang mendakwa kawasan berkenaan adalah milik mereka.

Gambar hadapan Pemandangan dari luar Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Empat.-foto Sinar Harian

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge