Selangor Tidak Benar AES Dilaksanakan

Sebelum ini ramai pihak terutamanya pengguna jalanraya mengecam tindakan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di seluruh negara berikutan dikatakan sistem ini mencekik duit rakyat. Difahamkan satu saman yang dikenakan adalah sebanyak rm300.

Laporan akhbar hari ini menyebut, kerajaan Negeri Selangor mengistiharkan tidak akan membenar pelaksanaan Sistem AES di negeri itu kerana  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah gagal meyakinkan AES adalah cara terbaik untuk mengatasi kemalangan lalu lintas.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  setelah mendengar taklimat yang disampaikan oleh Ketua Pengarah JPJ, semalam.

Selangor juga  merasakan  perjanjian di antara Kerajaan Pusat dan syarikat konsesi perlu dikaji semula sebelum sistem AES dapat dikuatkuasakan.

Pemasangan kamera AES di Selangor juga dikatakan tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan.

Baru-baru ini, 4 negeri yang  diperintah Pakatan Rakyat meminta penangguhan sitem AES ini di negeri yang diperintah mereka.

Gambar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak setuju AES dipasang di Selangor. –  Sinar Harian

Info Kamera AES.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Selangor Tidak Benar AES Dilaksanakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge