Senarai Barang Terkawal Terkini Sempena Perayaan

Kerajaan mengumumkan beberapa barang terkawal yang diletakkan harga siling bagi penjualannya semasa musim perayaan akan datang. Ini adalah untuk mengawal kenaikan harga yang mendadak lebih2 lagi ketika menghampiri musim perayaan.

Untuk mendapatkan senarai tersebut, para pengguna boleh melihat senarai di bawah:

  • ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam belanda import,
  • daging kambing tempatan bertulang, daging kambing biri-biri import bertulang, daging kambing biri-biri import tanpa tulang, daging paha kambing biri-biri import bertulang,
  • telur ayam Gred A, telur ayam Gred B, telur ayam Gred C, tomato dan cili benggala hijau.

Untuk harga boleh rujuk senarai di bawah:

  • Daging biri-biri import tanpa tulang (RM24),
  • daging paha kambing biri-biri import bertulang (RM26),
  • telur ayam Gred A (RM0.36 sebiji), Gred B (RM0.35), Gred C (RM0.34),
  • tomato (RM4.50 sekilogram)
  • dan cili benggala hijau (RM8.50).

Kepada peniaga dan penjual yang menaikkan harga sewenang-wenangnya melebihi harga siling boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 dan juga penjara.

Jadi, kepada pengguna, silalah buat aduan sekiranya ada peniaga yang menaikkan harga sesuka hati dan sebagai pengguna juga kita hendaklah pandai memilih.

Ini adalah untuk akhir tahun 2011 dan juga awal tahun 2012.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge