Sindiket ‘Love Scam’ di Melaka tumpas, 9 warga asing ditahan

Polis menumpaskan sindiket penipuan internet (Love Scam) yang terdiri daripada 7 lelaki warga Afrika dan 2 wanita Filipina selepas seorang wanita warga Hong Kong kerugian hampir RM200,000 ditipu sindiket terbabit tahun lepas.

Mereka yang berumur diantara 25 dan 37 tahun itu ditahan pada pukul 12.25 pagi tadi dalam 3 serbuan berasingan di sebuah pangsapuri di Bukit Beruang, Melaka .

Mengikut cerita mangsa dia berkenalan dengan seorang anggota suspek yang menyamar sebagai lelaki Inggeris melalui sebuah laman web. Suspek itu berjanji untuk mengahwininya dan menggunakan ayat-ayat manis untuk memperdaya sebelum wanita itu membuat transaksi ke akaun bank tempatan milik warga tempatan.

Wanita Hong Kong itu sedar dirinya telah ditipu beberapa bulan selepas berkenalan dengan suspek. Dia kemudian membuat laporan polis melalui e-mail kepada JSJK Bukit Aman.

Semalam mangsa telah datang ke Malaysia untuk memberi maklumat sebelum polis melakukan serbuan dan berjaya menangkap semua suspek.

images

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge