Suami Isteri Saman Polis Atas Kecuaian Tembak Mati Anak Mereka

Bila baca kisah makcik dan pakcik ni kesian pula dekat diorang. Anak mereka telah di tembak oleh polis yang berpakaian preman dan lebih memilukan telah menyebabkan kematian kepada mangsa yang tidak bersalah itu.

Mengikut laporan Bernama, mangsa, Mohd Afham telah ditembat oleh polis berpakaian preman.

Kejadian berlaku ketika pelajar Kolej Komuniti Ledang itu yang sedang menjalani latihan praktikal di Larkin membonceng motosikal bersama rakannya sebelum dihampiri keempat-empat defendan utama yang menjerit perkataan ‘polis’ sebelum cuba menghadang bagi memberhentikan motosikal berkenaan.

Mangsa dikatakan terkejut dan ketakutan kerana beranggapan defendan yang berpakaian preman, menunggang motosikal biasa dan tidak menunjukkan kad kuasa adalah perompak, lalu bertindak melarikan diri sebelum dikejar.

Ketika tiba di persimpangan Jalan Persiaran Seri Alam, keempat-empat defendan dikatakan melepaskan tembakan menyebabkan mangsa dan rakannya terjatuh.

Mengikut laporan perubatan, Mohd Afnam meninggal dunia akibat tembakan di dada, manakala Mohd Firdaus sempat menyelamatkan diri. – Bernama

Kalau sesiapa pun mungkin tidak akan berhenti kalau tiba-tiba ada orang yang tidak dikenali datang dekat dengan kita lepas tu suruh berhenti. Walaupun sebut ‘polis’ sekalipun perasaan was-was itu pun tetap ada. Lainlah kalau berpakaian seragam polis.

Diatas kecuaian itu Ibu bapa mangsa telah memfailkan saman terhadap 4 anggota polis dan tiga yang lain bagi menuntut ganti rugi kerana mendakwa secara cuai menembak mati anak lelaki mereka tiga tahun lepas itu.

4 Anggota polis itu ialah Konstabel Mohd Izzuddin Rahim, Koperal Masrom, Kostabel Nazmi dan Konstabel Ridzuan.

Pasangan ini juga menamakan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Seri Alam, ASP Sahul Hameed Abdul Rahman, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan kelima, keenam serta ketujuh.

“Arwah adalah anak keenam daripada tujuh beradik dan seorang yang lemah lembut dan sentiasa disukai. Saya terkilan apabila anak saya dituduh terbabit dalam kes jenayah sehingga dia mati ditembak polis,” kata ibu mangsa, Sapiah Md Ellah .


Sapiah Md Ellah, 54 (baju biru) dan suaminya, Arin Abdullah,59 (tengah berbaju coklat) ketika menunjukkan writ saman yang difailkan.- gambar Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Suami Isteri Saman Polis Atas Kecuaian Tembak Mati Anak Mereka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge