Suspek Peragut Yang Tetak Tangan Pembantu Klinik Ditangkap

2 suspek peragut yang cuba meragut seorang wanita dan menetak tangan kirinya apabila mangsa enggan melepaskan beg itu 29 Ogos lalu, kini berjaya ditangkap polis .

Susulan penangkapan ini, polis yakin dapat menyelesaikan kes ini.Suspek berusia 32 dan 25 tahun itu ditahan di 2 rumah kawasan Pintu Geng dan Bunut Payong, Kota Bharu, dalam operasi selama enam jam bermula pukul 7.50 pagi oleh sepasukan polis kelmarin.

Dilaporkan Polis turut merampas sebilah pisau, pedang, dua topeng, sehelai jaket dan sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang dicuri di Pulau Pinang. Polis juga menemui sebuah beg mengandungi rantai tangan dan lima bentuk cincin dalam tangkapan itu.


Gambar 2 orang suspek ragut dan tetak Pembantu Klinik. Mangsa Rohairani, (gambar kecil) kini sudah boleh menggerakkan jari-jarinya tetapi masih trauma dengan kejadian itu dan berharap suspek dijatuhi hukuman yang setimpal jika didapati bersalah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge