Tikus Dalam Sandwich Tesco.

Katie Crabtree terkejut apabila mendapati seekor tikus di dalam sandwich yang dibelinya dari pasaraya Tesco.Wanita yang berusia 31 tahun itu akui hanya ternampak objek bebulu itu selepas memakan separuh daripadanya kerana menyangka ia bakon slai yang hangus.

“Saya menggigitnya dan melihat benda hitam di dalamnya.Saya menyangka ia bakon salai dan menelannya.Kemudian saya melihat sesuatu yang buruk dalam sandwic itu.Ia berwarna hitam dan berbulu.Saya juga melihat kakinya.Ia sungguh dahsyat,” katanya yang membeli sandwich tersebut dari rangkaian pasaraya itu di Stockport.

Katie berkata,penemuan mengejutkannya itu membuatnya tidak selesa.

“Saya tidak boleh lagi makan sandwic bungkus kerana ia akan mengingatkan saya kepada peristiwa itu,”

Dia berkata pada mulanya pasar raya berkenaan tidak menghiraukan aduannya kemudian Katie bertindak dengan menelefon ibu pejabat pasar raya tersebut.

“Saya menghubungi pasar raya berkenaan dan ibu pejabatnya tetapi tidak ada orang yang tahu mengenai kejadian itu.Mereka akhirnya memberi saya baucar RM50.Saya berpendapat mereka tidak mempedulikan saya.Mereka sepatutnya menyiasat kejadian dan membuat tindakan selanjutnya,”

Tesco telah menghantar surat permohonan maaf dan berkata mereka akan menyiasat hal itu di samping menawarkan pampasan kepada Katie.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge