Tok Mun mahu bertanding PRU lagi

Tok Mun sebelum ini mengejutkan ramai pihak apabila pada Pilihan Raya Umum Ke-12 empat tahun lalu, telah bertanding sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Dilaporkan Tok Mun atau nama sebenarnya Maimun Yusuf,93, menyuarakan hasrat untuk bertanding lagi pada pilihan raya umum ke 13 akan datang ini. Tok Mun kini mencari pihak yang sudi menjadi penyokong dan pencadang untuk membolehkannya bertanding.

Buat masa ini, Tok Mun masih belum mempunyai wang yang cukup untuk merealisasikan hasratnya itu, namun tidak menolak untuk berhutang dengan mana-mana pihak..

“Tok kalau masuk tanding mungkin akan hutang dengan sesiapa sahaja. Hutang dengan orang ini sikit, orang itu sikit,” katanya.

Pada pilihan raya umum 2008 lepas, Tok Mun memperoleh 685 undi dan tewas kepada calon parti Barisan Nasional (BN), Allahyarham Datuk Razali Ismail.


Gambar Tok Mun ketika membuang undi pada PRU12 lalu .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge