Tukang Flatus – Lawak Gelihati..Hehe

Kentut boleh menjadi satu karier. Walaupun bunyinya agak pelik dan tidak masuk akal, namun sejarah mencatatkan bahawa Joseph Pujol adalah individu yang pertama di dunia yang menjadi perintis kepada pekerjaan ini. Joseph memulakan kerjayanya sebagai tukang kentut atau ‘flatus’ pada tahun 1887, ketika di usia 30 tahun.

Pada awalnya, dia hanya mencuba nasib sebagai ‘flatus’ di tempat kelahirannya di Marseille, Perancis. Percubaannya itu tidak sia-sia kerana mendapat sambutan yang di luar dugaan. Kerana yakin bakatnya akan diterima ramai, Joseph membuat keputusan untuk berhijrah ke Paris. Nasib menyebelahinya apabila dia diberi peluang untuk mengadakan persembahan di pentas pertamanya di sebuah kelab teater di sana.

Sebelum lelaki tersebut memulakan persembahan, dia awal-awal lagi memberitahu kepada penonton agar bertenang kerana angin yang bakal dilepaskannya nanti sama sekali tidak berbau seperti kentut biasa. Setelah itu, barulah dia mengambil tempat dan memulakan persembahannya. Sungguh menarik, kerana kentut lelaki tersebut mampu menghasilkan pelbagai bunyi.                                                                                                                                                        Pada mulanya, orang ramai terlopong dan terkejut kerana tidak menyangka akan menonton aksi tersebut. Namun di pertengahan pertunjukkan, perasaan pelik itu tiba-tiba berubah menjadi sesuatu yang menghiburkan. Penonton semakin tidak dapat menahan ketawa apabila mendengarkan ledakan kentut Joseph. Sampaikan ada yang terkeluar air mata gara-gara berasa geli hati dengan bunyi kentut tersebut sehingga menyebabkan kesesakan nafas. Sekali lagi, pertunjukkan pencinta muzik tersebut berjaya meraih tumpuan ramai.        Sejak itu, Joseph menjadi semakin terkenal dan popular. Dia juga mendapat bayaran paling tinggi di Perancis untuk kategori pertunjukkan pentas pada masa tersebut. Kejayaan ini membuatkan ramai ingin tahu bagaimana dia mengeluarkan kentut sekuat itu dengan pelbagai bunyi.                                        Semuanya berlaku apabila dia sedang bermandi manda di laut dan setelah dia berlari ke darat, dia mendapati banyak air keluar daripada bahagian anusnya. Joseph ialah anak sulung daripada lima orang adik beradik. Dia berasa pelik kerana keadaannya tidak sama seperti orang lain. Apabila satu kajian perubatan dijalankan ke atas Joseph, doktor tersebut mengesahkan bahawa tukang kentut tersebut memiliki keunikan fisiologi yang tidak terdapat pada orang lain. Ususnya mampu memindahkan udara ke dalam rectum dan kemudian mengawal pelepasan udara melalui otot-otot anusnya.

Pada tahun 1895, lelaki yang juga dikenali sebagai ‘Le Petomane’ terpaksa berpisah dengan pengurus kelab teater tempatnya mengadakan persembahan kerana telah melanggar kontrak iaitu kentut sembarangan di tempat awam. Semenjak itu, Lelaki tersebut ini kembali ke negaranya dan mengusahakan semula kedai roti miliknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Tukang Flatus – Lawak Gelihati..Hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge