Ubat Bernilai 1 Juta Dijumpai Semula

Ubatan yang dikatakan bernilai lebih kurang RM1 juta yang dilaporkan hilang dari stor HKL akhirnya dijumpai semula disebuah bangunan. Ubatan ini dipercayai dicuri untuk dijual di pasaran gelap.

Ubat ini berjaya ditemui semula hasil daripada soal siasat yang dilakukan terhadap dua orang kakitangan HKL sendiri. Siasatan dilakukan apabila laporan polis dibuat terhadap kehilangan ubatan tersebut oleh pihak HKL.

Akhirnya suspek sendiri yang membawa polis ke tempat simpanan rahsia ubat tersebut. Nampaknya dah macam pepatah, harapkan pagar, pagar yang makan padi. Sepatutnya sebagai kakitangan hospital kenalah bertanggungjawab dan bukannya pecah amanah seperti ini.
Diharapkan kejadian seperti ini dapat dikurangkan kerana sememangnya bekalan ubat amat penting bagi pesakit. Janganlah bersikap tamak. Orang tamak selalu rugi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

2 thoughts on “Ubat Bernilai 1 Juta Dijumpai Semula

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge