Ulat Dalam Nasi Himpit Segera

Berita ini sudah lama berlaku iaitu pada 25 Oktober lalu. Tapi sebagai langkah penjagaan dan maklumat kepada pengguna, ia mungkin boleh dijadikan panduan ketika mereka membelinya dikedai-kedai atau pasaraya.

Kejadian ini berlaku kepada seorang ibu bernama Mia. Pada sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha lepas, dia ada ke sebuah pasaraya di Seri Kembangan untuk membeli bahan masakan raya.

Dalam kunjungannya kesana, Mia ada membeli dua peket nasi himpit segera yang berharga RM6.29 sebungkus. Pada keesokan harinya ketika hendak masak nasi impit itu, dia terkejut apabila melihat banyak kepompong dalam bungkusan nasi impit itu. Bila ditengok tarikh luput lama lagi nak expired iaitu Ogos 2014 .

“Apabila diteliti, saya lihat hampir setiap bungkusan ada kepompong dan ulat, di plastik peket besar pula ada satu lubang kecil yang berkemungkinan menjadi ‘laluan’ ulat itu dapat tembus ke dalam peket kecil.

“Kesal dengan perkara itu, pagi raya itu juga saya ke pasaraya bagi memaklumkan apa yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, selepas perkara itu dimaklumkan, dia melihat pekerja pasar raya mengosongkan rak di mana peket nasi himpit itu dipamerkan.

Pada 27 Oktober 2012 , Mia sekali lagi ke pasaraya itu dan mendapati nasi impit jenama sama masih ada dirak tersebut. Dia pun membeli sebungkus nasi impit itu lagi untuk mendapat kepastian samada yang tu baru atau masih yang lama juga.

Ketika membuka pek nasi impit jenama itu, dia terkejut kerana mendapati ada ulat seperti pek yang sebelum ini.

Difahamkan Mia telah membuat aduan kepada Jabatan Kesihatan Daerah, namun tiada tindakan diambil.

Gambar, ulat berada dalam pek nasi impit. – foto sinarharian

Pek Nasi impit itu berwarna hijau dan berharga RM6.29.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge