Umpan Sedekah Nasi Lemak Sebelum Ragut

Dilaporkan ada taktik meragut jenis baru iaitu mengumpan mangsa dengan menyedekahkan nasi lemak. Individu itu kononnya memberitahu bapanya menyedekahkan nasi lemak sebelum mendekati mangsa kemudian meragut barang kemas.

Taktik ini dikesan di Taman Sri Skudai, Johor Bharu apabila seorang makcik yang mahu dikenali Halimah, 60 dihampiri lelaki tidak dikenali yang menyamar penduduk perumahan sama. Kejadian itu berlaku pada jam 10 pagi  Jumaat lalu.

“Lelaki lingkungan 20-an itu memperkenalkan diri sebagai anak Man dan memberitahu bapanya ingin sedekahkan nasi lemak kepada saya.

“Saya terkejut kerana tidak mengenali Man yang dimaksudkan, namun lelaki berkenaan meyakinkan bapanya penduduk perumahan itu dan mahu bersedekah.

“Melihat kejujurannya itu, saya mengambil empat bungkus nasi lemak yang diberikannya selain melihat ada banyak nasi lemak diletak di tempat duduk penumpang depan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Menurutnya, sebelum beredar lelaki berkenaan menghulurkan tangan kononnya untuk bersalam dan tunduk sedikit.

“Sebaik tunduk, lelaki terbabit terus merentap rantai emas saya menyebabkannya terputus.

“Walaupun saya cuba berpaut pada pintu keretanya, namun lelaki itu terus memecut laju keretanya,” katanya. Menurutnya, dia membuat laporan di Balai Polis Skudai di sini dan berharap pihak berkuasa menahan lelaki terbabit secepat mungkin.

Katanya, dia kemudian ke alamat yang tertera di bungkusan nasi lemak berkenaan, namun pemilik syarikat berkenaan di Skudai mendakwa tidak mengetahui mengenai kejadian itu.

“Kejadian ini menyebabkan saya kerugian RM1,000,” kata Makcik Halimah

Jadi kalau tiba-tiba saja ada orang tidak dikenali datang untuk sedekahkan nasi lemak ke, kuew teuw goreng ke, air kelapa ke atau lain-lainlah jangan la ambik, kalau boleh tangkap gambar dia (kalau ada handfone berkamera). Nanti kalau ada apa-apa jadi senang nak buat report polis.

Gambar Hiasan Nasi Lemak – kredit ciksitisblog.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Umpan Sedekah Nasi Lemak Sebelum Ragut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge