Wanita Curi Arak Celah Kangkang

Tak habis-habis lagi taktik curi barang letak celah paha atau kangkang ni. Yang terbaru ni dilaporkan seorang wanita telah menyorokkan arak di celah peha ketika mencuri lima karton minuman keras di pasar raya KK Supermart di Taman Bukit Serdang, Kuala Lumpur pada 27 September lepas.

Perbuatan ini  turut melibatkan dua lelaki dan seorang kanak-kanak. Pihak Pengurusan hanya menyedari kecurian ini setelah mendapati bekalan minuman itu berkurangan.

“Apabila meneliti semula rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), beberapa suspek didapati berpakat mencuri lima karton minuman keras yang setiap satunya seberat 12 kilogram dan satu pek minuman Milo”, kata S. Selvakumar iaitu Pengurus Kawalan Keselamatan pasar raya tersebut.


Rakaman CCTV menunjukkan Gambar seorang wanita sedang menyembunyikan sesuatu di celah kangkang. Gambar sebelah kanan suspek-suspek lain.- gambar Kosmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge