Yuran Dan Sijil Perniagaan Percuma Untuk OKU.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa mulai daripada hari ini,Orang Kurang Upaya(OKU) tidak perlu lagi membayar yuran pendaftaran serta yuran pembaharuan sijil perniagaan.Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) bersetuju memberikan kemudahan tersebut secara percuma bagi menggalakkan usahawan OKU mendaftarkan syarikat dan melibatkan diri secara aktif dalam perniagaan.

“Dengan mendaftarkan syarikat dengan SSM,ia akan memudahkan mereka(golongan OKU) untuk memulakan perniagaan atau memohon lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan(PBT).Ia juga membolehkan mereka memohon pinjaman di institusi kewangan untuk memperluaskan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jalinan Kasih:Kesedaran Keusahawanan Bersama OKU anjuran SSM.

Biasanya,yuran pendaftaran perniagaan adalah sebanyak RM50 manakala yuran pembaharuan sijil perniagaan juga RM50 bagi tempoh lima tahun.Sehubungan itu,SSM akan mengadakan kaunter bergerak(mobile SSM) bagi membolehkan OKU di seluruh negara mendaftar dan memperbaharui sijil perniagaan.

Ismail Sabri berkata kementerianya juga mengenal pasti perniagaan francais yang sesuai dengan memerlukan modal bawah RM50,000 untuk diusahakan golongan OKU melalui pinjaman skim mikro Perbadanan Nasional Berhad(PNS).Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menyediakan geran percuma untuk OKU memulakan perniagaan berjumlah RM2,700.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge