Kelebihan Tempered Glass

Memang semua pengguna smartphone sentiasa menjaga screen phone masing2. Ini kerana, jika berlaku kerosakan pada screen seperti retak, pecah dan sebagainya boleh menyebabkan screen rosak dan tak dapat dibaca. Jadi kebanyakan dari kita akan memasang screen protector pada screen phone masing2.

Selain dari memasang screen protector, ada juga yang menggunakan tempered glass sebagai protector pada screen phone masing2. Tempered glass ni lebih mahal daripada screen protector biasa dan mempunyai banyak kelebihan berbanding screen protector.

Antara kelebihan tempered glass berbanding screen protector biasa adalah seperti dapat menyelamatkan LCD phone dari pecah jika terjatuh. Kebiasaannya jika terjatuh, tempered glass dulu yang akan pecah. Jadi screen asal phone akan lebih selamat dan tidak mudah pecah jika phone terjatuh.

Kelebihan kedua adalah paparan yang jelas dan terang pada screen asal phone. Ini kerana tempered glass adalah kaca dan cahaya dapat masuk lebih banyak tak sepertimana screen protector biasa yang lebih malap. Selain itu, tempered glass jugak lebih tahan calar dan tidak mudah untuk mendapat calar berbanding screen protector biasa. Ianya lebih tahan walaupun dengan benda yang agak tajam. Biasanya ciri-ciri ini diberi nama 9H. Salah satu adalah hardness.

Tempered glass juga mudah dipasang dan tiada gelembung udara pada bahagian antara protector dan screen. Ini menjadikan pengguna dapat melihat screen dengan lebih terang dan cantik. Jadi gambar dan video yang dilihat pada phone lebih menarik dan lawa.

Untuk itu, pembelian tempered glass adalah sangat berbaloi walaupun sedikit mahal berbanding screen protector biasa. Tak rugi untuk menambah sikit untuk kelebihan yang sangat ketara. Pilihan ditangan anda. Memang tempered glass ada banyak kelebihan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>