Seperti diketahui, Proton Preve telah dilancarkan secara rasmi pada 16 april 2012. Sejak itu, promosi berterus dijalankan dan bakal pembeli boleh melihat kereta Preve di showroon berdekatan. Selain itu, kereta ini boleh ditest drive dan merasa sendiri enjin CFE turbo sepertimana yang ada pada Exora Bold CFE.
Kuasa turbo ni memang mengujakan. Namun ada juga model yang tak ada turbo tetapi dengan harga lebih murah. Untuk tempahan ini, proton merekodkan sebanyak 2,800 unit tempahan dari bakal pembeli. Boleh dikatakan sambutannya agak menggalakkan. Cuma perlu diperbaiki lagi prestasinya mungkin dari segi kualiti proton yang bertambah baik.
“Ramai yang berpuas hati terhadap reka bentuknya dan ini memberikan kami keyakinan bahawa Proton Preve dapat menembusi pasaran domestik dan insya-Allah ia akan berada di pasaran luar negara menjelang pertengahan tahun ini,” katanya kepada media selepas pelancaran bilik pameran baru Proton Holdings di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Apapun, gud luck untuk proton. Semoga semakin meningkat kualitinya dan dapat perbaiki pengurusan serta penasihat belakang tadbir. Mana yang perlu dibuang, buang je. Hehe.



