20 Pelajar Melecur Bahana Alat Barbeku.

Kegembiraan seramai 20 pelajar yang sedang membuat persiapan untuk sambutan Aidilfitri di sebuah sekolah di Taman Mulia,Bandar Tun Razak akhirnya bertukar menjadi tragedi apabila alat berbeku meletup menyebabkan mereka melecur dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi semalam.Dilaporkan 3 pelajar melecur teruk.

Kejadian berlaku apabila 20 pelajar lelaki sekolah itu yang berusia 16 dan 17 tahun,dikatakan sedang sibuk menyediakan makanan untuk jamuan Aidilfitri di sekolah mereka sebelum alat barbeku yang digunakan meletup.

Salah seorang mangsa,Mohd Hidayat Mohd Yazid, 16, berkata beliau dan rakannya sedang menghidupkan api sebelum didatangi seorang guru lelaki sekolah mereka yang mencadangkan agar api dihidupkan menggunakan ”thinner” bagi mempercepatkan proses api menyala.

“Saya lihat kali pertama ”thinner” dicurahkan ia menyambar dengan kuat dan kami amat terkejut sebelum guru kami mencurahkan untuk kali kedua dan berlaku satu letupan kuat.Letupan kuat itu menyebabkan tiga pelajar termasuk saya melecur teruk.Guru terbabit juga melecur,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Tun Razak di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Mulia,Mohd Hanim Tahir berkata beliau kesal dengan tindakan pihak sekolah yang tidak melakukan pemantauan rapi semasa aktiviti barbeku dilakukan.

“Saya cukup kesal dengan tindakan pihak sekolah yang lepas tangan selepas kejadian itu dan tiada permohonan maaf dilakukan pihak sekolah setakat ini. Jadi saya minta pihak sekolah perlu bertanggungjawab di atas kejadian yang menimpa anak murid mereka,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge