7 Jenis Bunga Cantik Yang Beracun.

1.DAPHNE

Bunga daphne juga dikenali dengan nama Lady Laurel.Seluruh bahagian bunga ini beracun tetapi bahagian paling beracun adalah pada getah dan buahnya.Daphne mengandungi mezerine dan daphnin,iaitu racun kuat yang boleh menyebabkan sakit perut parah,sakit kepala,diarhea,gila dan sawan.Buah daphne boleh mengakibatkan koma atau kematian.

2.LYLE OF THE VALLEY

Lyly of the valley ialah bunga yang sangat cantik dan kelihatan seperti tidak berbahaya tetapi jangan tertipu dengan rupa fizikalnya kerana sama seperti daphne bunga ini sangat beracun.Satu atau dua dari bunganya yang berbentuk bell tidak terlalu menyakiti orang dewasa tetapi apabila dimakan dalam jumlah yang banyak,bunga ini menyebabkan rasa sakit di mulut,muntah-muntah dan kejang di seluruh tubuh.Racun dari bunga ini juga boleh menyebabkan jantung tidak berfungsi.

3.BELLADONA

Di Barat Hemisphere,Belladona dikenali sebagai salah satu tumbuhan paling beracun.Ia mengandungi tropane alkoids yang berpotensi membahayakan kesihatan.Seluruh bahagian bunga ini berbahaya tetapi bahagian yang paling berbahaya adalah buahnya yang nampak seperti enak dimakan.Gejala yang akan terjadi dari racun bunga ini adalah pupil mata membesar,penglihatan menjadi kabur,sakit kepala,berhalusinasi dan boleh jadi gila.Atropine racun yang terkandung di dalam bunga ini boleh mengganggu sistem saraf.

4.ANGELS TRUMPET.

Jangan tertipu dengan nama bunga ini malah dari segi luaran juga bunga ini tidak kelihatan seperti beracun tetapi bunga ini mengandungi bisa yang amat bahaya kepada manusia atau haiwan.Bunga ini terkenal sebagai halusinogen yang sangat kuat kerana mengandungi tropane alkaloids.

5.RHODODENDRON

Bunga ini nampak sangat indah semasa musim berbunga.Mengikut cerita,sekumpulan pengembara pernah memakan madu daripada bunga ini dan kemudian tingkah laku mereka berubah menjadi sangat aneh.Rhododendron mengandungi andromedatoxin yang menyebabkan muntah,rasa sakit yang hebat,kejang-kejang hingga boleh menyebabkan kematian.

6.OLEANDER

Oleander dikenal sebagai salah satu bunga yang paling beracun di bumi,sering digunakan untuk bunuh diri di selatan India.Pelbagai jenis racun terkandung di seluruh bahagian bunga ini,seperti Oleandrin dan neriine yang boleh menyebabkan gangguan sistem saraf,gangguan pencernaan dan sistem peredaran darah dimana ke semua itu terjadi secara serentak.Mangsa akan mengalami gejala seperti hilang kesedaran,tubuh mengigil,rasa sakit atau pun koma.Getahnya dapat menyebabkan kegatalan pada kulit serta membutakan mata.

6.AUTUMN CROCUS

Autumn Crocus mengandungi colchicine,racun ini sama seperti arsenik yang tidak ada ubatnya.Ia boleh menyebabkan kehilangan tekanan darah dan penyakit jantung.

2 thoughts on “7 Jenis Bunga Cantik Yang Beracun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>