Anak Dan Ibu Koma Selama 2 Tahun.

Akibat daripada komplikasi ketika melahirkan anaknya,Roswati Abd.Wahab,33,bekas pembantu tadbir sebuah agensi kerajaan di Melaka koma sejak dua tahun yang lalu.Anak yang dilahirkan turut mengalami nasib yang sama dengan ibunya kerana kekurangan oksigen.

Kini dua beranak itu hanya terlantar di rumah Rosnani Harun yang merupakan ibu Roswati di Felda Jengka 18,Maran.Menurut Rosnani,Roswati ketika mengandungkan Nor Arisya disahkan menghidap darah tinggi kronik selain penyakit sawan.

“Masa nak bersalin dia pengsan dan diserang sawan sehingga jantungnya berhenti berdenyut untuk seketika,”katanya

Doktor yang merawat Roswati di Hospital Melaka terus melakukan pembedahan untuk menyelamatkan Nor Arisya tetapi cucunya itu lahir dalam keadaan koma berikutan kekurangan oksigen.Memandangkan menantunya tidak dapat menjaga isteri dan anak mereka setiap hari disebabkan bekerja di sebuah jabatan kerajaan di Melaka,Roswati dan Nor Arisya dihantar ke Maran untuk dijaga oleh Rosnani.

Komplikasi kesihatan yang dihadapi menyebabkan susuk tubuh Roswati yang dahulu gempal kini semakin susut dan hanya bergantung hidup kepada susu yang dimasukkan melalui tiub sebanyak enam kali sehari.Rosnani mengharapkan ihsan mana-mana pihak yang sudi membantu agar dapat menghubunginya di talian 019-9983526.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge