Antibiotik jadi racun

Dilaporkan terdapat farmasi yang menjual antibiotik sewenang-wenangnya kepada orang ramai di negara ini tanpa preskripsi (penetapan) doktor.

Ini membahayakan orang ramai kerana, jika antibiotik digunakan dengan cara dan sukatan yang salah terhadap sesuatu penyakit yang bukan disebabkan daripada jangkitan bakteria, ia boleh menyebabkan bakteria berevolusi genetik dan menjadi kebal terhadap antibiotik serta sukar dimatikan.

Sebelum ini dunia dikejutkan dengan ancaman superbug atau bakteria kebal terhadap antibiotik. Ekoran itu jika penjualan antibiotik ini masih dijual secara sewenang-wenangnya ia mungkin menjerumus kepada masalah superbug.


Jika anda membeli ubat di farmasi, pastikan anda mendapat penerangan cara penggunaan ubat dengan betul dan sukatan yang betul. Jika salah penggunaan ubat itu pasti mebahayakan anda dikemudian hari.- gambar Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge