AYAMAS Nafi Guna Antibiotik Chloramphenicol

Ayamas Food Corporation Sdn Bhd(Ayamas) telah menafikan dakwaan yang menyatakan syarikat itu menggunakan antibiotik yang diharamkan pihak berkuasa dalam produk ayam keluaran syarikat tersebut seperti yang didakwa sebelum ini.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporat Ayamas,Rosniza Baharum pihaknya sangat terkejut mendengar larangan import produk ayam keluaran Ayamas ke Sarawak oleh pihak veterinar negeri tersebut kerana didakwa mengandungi antibiotik yang dikenali sebagai Chloramphenicol.

Katanya,pihak Ayamas sentiasa melaksanakan langkah kawalan kualiti yang ketat untuk memastikan semua produk keluaran mereka sentiasa berada pada tahap terbaik sebelum dipasarkan kepada pelanggan kerana keselamatan dan kesihatan pengguna adalah keutamaan syarikat itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge