Cara Melindungi Ingatan.

1.Mengambil makanan berkarbohidrat untuk sarapan

Meninggalkan pengambilan karbohidrat boleh merosakkan ingatan.Kajian oleh Tuft University mendapati golongan berumur yang meninggalkan pengambilan karbohidrat dalam diet mereka melakukan ujian berdasarkan ingatan lebih teruk daripada yang mengambil karbohidrat.Hal ini kerana ingatan sel otak memerlukan karbohidrat yang seterusnya ditukarkan menjadi glukosa.Ambil bijiran atau makan yang mempunyai karbohidrat yang kompleks,ia dihadam dengan perlahan dan menyalurkan glukosa dengan lebih stabil.

2.Lakukan senaman

Senaman dapat meningkatkan peredaran darah ke otak kita,membawa banyak oksigen dan glukosa yang diperlukan.Malah kta boleh mempelajari kosa kata 20 % lebih pantas selepas melakukan senaman yang berat/kuat.

3.Ubah font tulisan pada memo anda

Menurut jurnal Cognition,apabila kita mengubah font tulisan kepada font yang sedikit sukar ditafsir berbanding font yang selalu digunakan,ia telah meningkatkan retensi jangka panjang.Fokus kepada font baru membuatkan pusat otak kita bekerja lebih kuat.

4.Surfing internet pada waktu rehat

Luangkan masa kira-kira sejam sehari dengan mencari sesuatu secara online boleh merangsang lobe hadapan yang mengawal ingatan sementara.Litar neural yang terlibat dengan membuat keputusan,visual,dan kemahiran lisan menjadi sangat aktif semasa kita melakukan carian di internet.

5.Perhatikan tempat parking kereta anda

Kebiasaannya kita akan lupa tempat kita parking kereta sewaktu keluar membeli-belah,terutamanya pasaraya yang mempunyai tempat parking yang amat luas dan banyak.Oleh itu,cuba latihan ini,keluar daripada kereta anda,pastikan tempat anda park kereta anda,kemudian gerakkan mata anda sisi ke sisi setiap setengah saat selama 30 saat semasa berdiri di tempat itu.Menurut penyelidik di Manchester Metropolitan University di England,dengan mempraktikkan cara ini boleh meningkatkan ingatan jangka panjang sebanyak 10%.

6.Flos gigi anda sebelum tidur.

Cara ini baik untuk senyuman dan juga minda kita.Apabila gigi kita tidak di flos,makanan yang terlekat mengalami radang dan memudahkan bakteria jahat untuk memasuki salur darah.Setelah berada dalam salur darah,bakteria ini boleh mengakibatkan radang pada seluruh badan termasuklah otak yang boleh membawa kepada disfungsi kognitif

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge