Golongan Muda paling ramai hidap HIV

Dilaporkan golongan muda-mudi yang berusia dari umur 18 tahun hingga 40 tahun merupakan golongan tertinggi menghidap HIV di negara Malaysia.

Lebih 76 peratus daripada keseluruhan kes HIV hingga akhir tahun 2010 membabitkan golongan belia itu dengan jumlah 69,747 orang, kata Roswati Ghani iaitu Pengarah Eksekutif Majlis AIDS Malaysia (MAM).

Dilaporkan antara punca penyumbang kepada angka itu ialah golongan belia merupakan kelompok majoriti penduduk Malaysia dan banyak daripada mereka yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

“Mereka juga dipengaruhi media sosial seperti Internet yang membolehkan kita berhubung sesiapa sahaja dalam masa yang pantas,” kata¬†Roswati Ghani lagi.

Untuk mencegah penularan virus HIV dalam kalangan belia di Malaysia, Kelab Belia Riben Merah telah ditubuhkan pada 6 September lalu .

Jauhi pergaulan bebas kerana ia menyebabkan anda terjerumus ke gejala yang tidak sihat dan ini menyebabkan risiko untuk terkena penyakit HIV itu tinggi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge