Kebaikan Buah dan Sayur Ungu.

Menurut J.Scoot Smith,profesor kimia makanan dari Kansas State University buah-buaha dan sayur-sayuran ungu sangat baik untuk kesihatan kerana ia adalah antioksidan yang kuat dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun, mengekalkan kesihatan dan mengelakkan penyakit.

Hal ini kerana buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut mengandungi antosianin,iaitu pigmen asli berwarna merah,biru dan ungu.

“Kini antioksidan menjadi bualan ramai.Semua orang berminat dengan antioksidan kerana ia dipercayai baik untuk kesihatan.”Ujar Profesor Smith.

Antosianin lebih lazim didapati dari buah-buahan berbanding sayur-sayuran.Disebabkan antosianin sensitif kepada pH,maka ia akan kelihatan lebih merah atau biru bergantung kepada jenis makanan.Antosianin biasa terdapat dalam buah beri seperti blueberry,cranberry,raspberry,blackberry dan anggur merah(dan juga acaiberry, elderberry dan buah delima).

Menurut Smith lagi,terdapat beberapa makanan ungu yang tidak begitu dikenali juga mengandungi antosianin.Sejak berkurun penduduk Amerika Selatan menanam jagung ungu.Terdapat juga bunga kubis ungu dan lobak ungu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge