Keistimewaan Lada Hitam.

1.Mencegah Kanser
Dengan hanya sedikit biji lada hitam,putih atau hijau,ia mampu membantu diri kita daripada diserang barah payu dara.Kajian yang dilakukan oleh Universiti Michigan mendapati,terdapat sebatian kimia yang ada pada rempah ini yang dikenali sebagai piperine bertindak menghalang barah payu dara daripada membiak.Potensinya dalam mencegah barah adalah lebih tinggi sekiranya ia digabungkan dengan kunyit.Hidangan masyarakat India seperti kari banyak mengandungi bahan tersebut.

2.Agen Cucian
Adakah warna baju kegemaran anda sudah mulai pudar?Jangan risau kerana menurut pengarang The Naturally Clean Home,Karyn Segel-Maier,lada hitam merupakan agen terbaik untuk kekalkan warna agar ia bertahan lebih lama.Tidak perlu menggunakannya dalam kuantiti yang banyak,hanya membuat percikan sebanyak satu camca teh lada bersama pencuci pakaian kedalam mesin basuh,ia akan membantu dalam mengelakkan warna luntur dan pudar.

3.Penyental Kulit
Dapatkan kulit yang lebih halus dan lembut dengan agen penyental kulit yang diperbuat daripada bahan yang anda tidak pernah fikirkan,lada hitam.Menurut pengurus Bliss Spa,Wendy Allred,selain ia bertindak dengan membuang sel-sel kulit mati,ia turut merangsang peredaran oksigen di samping membekalkan nutrient pada permukaan kulit anda.

4.Bernafas Dengan Selesa
Sukar bernafas?Hidung tersumbat?Rempah-rempah ini ada penyelesaiannya.Ia mengandungi bahan kimia semula jadi,dekongestan yang akan bertindak balas dengan mukus(hingus) anda sehingga menghasilkan bahan pencair.Berdasarkan penjelasan daripada pengarang Guide The Good Doctor to Colds and Flu,yang juga professor di sekolah Perubatan Mt.Sinai,New York,Neil Schachter,bahan pencair tersebut akan terhasil pada hidung anda.Dengan menambah secubit serbuk lada hitam ke dalam semangkuk sup ketika demam akan membantu anda bernafas dengan lebih mudah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge