Khasiat Kacang Botol.

Jika sebut pasal ulam atau sayur-sayuran sudah pasti ramai yang mengelak terutamanya generasi muda.Namun sedarkah kita bahawa tumbuhan-tumbuhan hijau ini banyak menyumbang kepada kesihatan kita.Kali ini saya ingin membawa anda merungkai khasiat disebalik kacang botol.Kacang botol ini lazimnya dijadikan ulam dalam juadah masyarakat Malaysia terutamanya masyarakat melayu.Psophocarpus tetragonolobus merupakan nama botani kepada pokok kacang botol ini.Pokok kacang botol ini tumbuh secara menjalar.Buahnya mempunyai empat cuping dan berwarna hijau muda atau hijau gelap.Buah kacang botol ini sedap dimakan ketika muda kerana rasanya yang ranggup dan tidak keras.

Kacang Botol.

Diantara khasiat Kacang Botol ialah:

-kacang botol muda mempunyai banyak kalsium,besi dan vitamin A.
-Ia mempunyai banyak protein.
-Daunnya mempunyai 5-7% protein,vitamin A,vitamin C dan garam galian.
-Kandungan asid amino kacang botol adalah sama dengan kacang soya.
-Kacang botol dapat mengubati serangan demam campak.
-Akar kacang botol dapat mengubati penyakit vertigo.
-Air bancuhan daun kacang botol dapat digunakan untuk mencuci mata yang bengkak dan bisul yang bernanah.
-Daun kacang botol ini juga boleh dimakan untuk mengubati ulser kulit.
-Kacang botol mengandungi 30% kandungan karbohidrat.

One thought on “Khasiat Kacang Botol.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge