Khasiat Madu Untuk Kulit Wajah

Madu merupakan makanan yang disarankan oleh Islam. Madu memberikan banyak kebaikan dan khasiat kepada manusia. Untuk kali ini, akan diterangkan tentang khasiat madu untuk kulit wajah. Jarang kita dengar tentangnya tapi sebenarnya madu juga boleh mencantikkan kulit wajah kita.

Madu juga memiliki banyak kandungan yang berkhasiat untuk kesihatan dan kecantikan kulit iaitu seperti antioksidan, antibakteria, vitamin B dan vitamin C. Kandungan madu ini ada antaranya dapat menyembuhkan luka2 pada kulit, bintik2 merah dan juga jangkitan pada kulit.

Madu turut boleh digunakan sebagai masker wajah untuk menghilangkan jerawat, bekas jerawat, serta mengurangkan kemerahan dan kerengsaan akibat jerawat. Ini sangat sesuai diamalkan untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif. Boleh dicuba untuk mereka yang telah banyak menggunakan produk kecantikan wajah tapi tak mendatangkan kesan.

madu untuk kesehatan

Madu juga boleh melambatkan kesan penuaan dan mencantikkan kulit secara semula jadi. Dengan kata lain madu merupakan bahan untuk menjadikan kita awet muda. Selain itu, madu juga dapat melembapkan kulit wajah dan sesuai untuk mereka yang selalu alami kulit kering.

Apapun, walaupun kita biasa dengan khasiat madu yang dimakan, madu juga ada kegunaannya yang lain. Boleh dicuba untuk mereka yang ingin kecantikan kulit dan wajah.

Selamat Mencuba..

:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge