Kopi Membantu Menyembuhkan Penyakit Alzheimer.

Kajian baru-baru ini mendapati bahawa kopi dapat membantu otak menangkis penyakit Alzheimer,berdasarkan kajian ke atas tikus eksperimen.Penyelidik mempercayai terdapat sesuatu(yang masih tidak dapat dikenalpasti) di dalam kopi yang telah bertindak balas dengan kafein dan melonjakkan tahap faktor tumbesaran yang dipanggil granulocyte colony stimulating factor(GCSF).GCSF ini melawan penyakit Azheimer dalam tikus itu.

Penyakit Alzheimer merupakan satu penyakit di mana memori atau ingatan manusia akan merosot dan seolah-olah seperti nyanyuk.Kajian terdahulu mendapati,minum kopi atau mana-mana minuman berkafein setiap hari pada peringkat umur pertengahan dan usia tua dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer.Penyelidik dari University of South Florida mempercayai bahawa kafein mempunyai kesan berfaedah.

Penyelidik hanya menggunakan titisan kopi sahaja dan tidak mengetahui kopi segera mempunyai kesan yang sama atau tidak.Menurut Dr.Chuanhai Cao,pakar neurosaintis di University of South Florida,

“kopi berkafein menyebabkan tahap darah GCSF meningkat”.

Penyelidik turut menyatakan bahawa GCSF memberi kesan ini disebabkan oleh sel stem pada tulang sumsum yang dibawa ke otak dan membuang plak beta-amiloid yang berkaitan dengan penyakit Alzheimer.Ia turut memainkan peranan dalam sambungan sel otak dan menghasilkan neuron otak yang baru.Kopi turut mempunyai kebaikan yang lain seperti mengurangkan risiko kanser prostat dan melindungi daripada diabetes jenis 2,kanser hati dan penyakit Parkinson.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge