Masalah Ketumbit-Adakah Sebab Mengintai??

Orang-orang tua dahulu sering berkata,”jangan mengintai orang lain,nanti tumbuh ketumbit tu kat mata.”
Betul atau tidak perkara ini???

Ketumbit atau nama lainnya [email protected] selalunya tumbuh dan naik di kawasan sekitar mata.Ia bercirikan kesakitan,eritema(kemerahan kulit yang disebabkan oleh dilatasi kapilari darah),dan berada setempat(tidak merebak). Hardeolum luar ialah jangkitan atau infeksi setempat yang berlaku di sekitar folikel rambut mata atau bulu mata.Manakala hardeolum dalam berlaku di kelenjar meibomin(kelenjar kecil yang terletak di bawah kelopak mata)

Selalunya ia terjadi disebabkan oleh jangkitan bakteria Staphylococcus aureus.Jika tidak dirawat,komplikasinya akan menjadi bertambah teruk sehingga akan menyebabkan jangkitan kedua iaitu blepharitis(inflamasi pada kelopak mata).

Jadi bagi sesiapa yang ada masalah ketumbit ini,jangan sesekali memandang ringan terhadap sakit ini.Segeralah berjumpa dengan doktor untuk rawatan yang lebih lanjut.Selalunya,jika hardeolum ini dah membesar,ia akan menyebabkan nanah terkumpul dan rawatan untuk ini hanyalah membuat saliran insisi(I&D) untuk membuang nanah dan dibekalkan dengan ubat-ubatan seperti antibiotik dan tahan sakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge