Pembedahan Tanpa Mata Pisau

Produk terbaru yang diberi nama HIFU (high intensity focused ultrasonic) itu dicipta untuk membuang kanser tanpa sebarang luka.

Hanya menggunakan aplikasi pancaran ultrasound, penyakit yang menjadi pembunuh nombor dua  di dunia dapat disembuhkan sepenuhnya. Jika menggunakan teknologi pembedahan biasa, seseorang wanita yang menghidapi penyakit kanser payudara perlu membuang salah satu payudaranya untuk mengelakkan dari terus merebak dan selepas pembedahan dilakukan, pesakit perlu mendapatkan rawatan susulan bagi memastikan ia sembuh sepenuhnya.

Tetapi, dengan kemajuan teknologi ultrasound HIFU, prosedur penyembuhan tidak lagi sesukar dulu.Prinsipnya mudah, hanya memfokuskan sinar ultrasonic dengan kekuatan yang optimum pada tempat berlakunya ketumbuhan untuk disteril dan mematikannya. Proses itu dilakukan di antara 30 hingga 45 minit, bergantung pada tahapkebesaran tumor.    Menurut Timbalan Presiden Chonging Haifu Technology, Xiang Peng, rawatan ini tidak memerlukan sebarang ubat bius atau ubat pelali. Pesakit menjalaninya dalam keadaan sedar dan tanpa ada rasa sakit. Malah, selepas selesai rawatan, pesakit boleh terus pulang ke rumah.

Teknologi tersebut berbeza dengan teknik laser yang mana ia langsung tidak menganggu organ lain. Penggunaannya hanya difokuskan pada tempat yang sakit sahaja, walaupun ketumbuhan berlaku dibahagian dalam tubuh manusia. Konsep ini dilihat sama seperti kaedah ultrasonografi yang digunakan untuk mengimbas bayi di dalam kandungan. Dengan hanya meningkatkan suhunya secara ultrasound, alat ini akan membunuh kanser di titiknya. Antara barah dan tumor yang boleh dirawat menggunakan teknologi ini boleh dirawat menggunakan teknologi ini ialah kanser hati, payudara, pancreas, buah pinggang dan kanser tulang. Kemampuan rawatannya pula dikatakan mampu menyembuhkan barah yang sudah merebak. Kos rawatannya tidaklah begitu mahal, iaitu dalam lingkungan 6000 euro sahaja. Sehingga kini, lebih 10,000 orang di seluruh dunia telah berjaya disembuhkan menggunakan teknologi tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Pembedahan Tanpa Mata Pisau

  1. Ilmu perubatan moden semakin maju dan canggeh. Pada
    manusia Allah kurniakan ilmu kemajuan zahir yg tidak pernah
    padam. Akal bisa mencipta alat utk kebaikan manusia, akal

    … :bye: :lala: :dsadasccc: :study: :sd: :ketawa: :comel: …

    juga bisa jahanamkan manusia dan alam semeta. Bedah
    cara batin bergantong pada bantuan khadam ghaib tiada
    jaminan bisa tutop klinik. Namun Allah jua menyembohkan….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge