Penyakit Malaria Boleh Dirawat Dalam Masa 3 Hari.

Kini,para pesakit malaria mempunyai alternatif baru untuk merawat penyakit mereka.Fixed-dose combination treatment of Artesunate-Mefloquine atau dikenali AS-MQ FDC dikatakan mampu mampu mengubati penyakit tersebut dengan lebih berkesan dan cepat.

Menurut Menteri Kesihatan,Datuk Seri Liow Tiong Lai ubat AS-MQ FDC diperkenalkan oleh sebuah institut penyelidikan bebas yang berpangkalan di Switzerland,Drugs for Neglected Diseases Initiatives(DNDi) dan ia mampu merawat penyakit tersebut dalam tempoh tiga hari berbanding tujuh hingga 14 hari sebelum ini.

AS-MQ FDC adalah gabungan dua jenis dadah yang digunakan untuk merawat malaria iaitu Artesunate dan Mefloquine yang dahulunya dimakan secara berasingan tetapi kini didatangkan dalam satu pil sahaja.

“Pesakit hanya perlu makan pil itu sebiji sehari dan dimakan selama tiga hari. Hasilnya juga cepat dan memberangsangkan berbanding sebelum ini kerana pesakit mengambil masa yang lama iaitu sehingga 14 hari untuk sembuh.AS-MQ FDC dijual pada harga RM9 untuk tiga biji bagi dewasa dan RM4 hingga RM5 untuk kanak-kanak,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge