Petua Hilangkan Batuk

1.Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam.Apabila telah kembang minum airnya pada setiap pagi.

2.Rebus beberapa biji buah pisang masak.Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila.Setelah 20 minit,makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula.

3.Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat.Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam.Minum dua kali seminggu.

4.Campurkan dua sudu teh madu lebah(pastikan ianya asli) dengan air suam.Kacau sehingga sebati kemudian minum tiga kali sehari.

5.Untuk batuk-batuk gatal terutama di kerongkong,ambil jus limau nipis.Kemudian campurkan dengan sedikit kicap dan madu lebah lalu diminum.

6.Ambil 1/4 biji buah pala,1/2 biji limau nipis dan secamca minyak kayu putih.Buah pala diparut,limau nipis diperah,ambil airnya sahaja.Parutan buah pala dan perahan limau dicampur dengan kulit kayu putih.Gosokkan ramuan tadi dengan lembut pada dada.Lakukan tiga kali sehari hingga seminggu.

7.Jika anda mengalami batuk yang berterusan,ambil lapan helai daun pudina dan rebus dengan beberapa ketul gula batu selama lima minit.Minum airnya beberapa kali agar batuk anda tidak berterusan.Setiap rebusan mesti menggunakan lapan helai daun pudina.

8.Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan terutama pada kanak-kanak ambil gula melaka,pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula-gula.Lakukan beberapa kali hingga sembuh.

9.Bagi anda yang sering batuk-batuk,petua paling mudah untuk meredakannya dengan mengambil secamca besar madu lebah,lebih baik dicampur sedikit air tetapi jangan terlalu cair.Kemudian dicampur pula sedikit perahan limau nipis. Sebaiknya ia diminum setiap malam sebelum tidur.

10.Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya.Masukkan gula batu di lubang tersebut.Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak,ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat.Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh.Selain melegakan batuk,nasi akan berbau harum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge