Strawberi Punca Gastroenteritis di Jerman.

Pihak berkuasa Jerman telah mengenal pasti punca kepada tersebarnya wabak radang perut dan usus atau dikenali gastroenteritis di timur Jerman.Strawberi-strawberi beku menjadi punca lebih 11,000 orang terutama kanak-kanak di sekolah rendah dan pusat-pusat jagaan terkena jangkitan ini.

Pusat kawalan penyakit kebangsaan,Institut Robert Koch pada lewat Jumaat mengesahkan bahawa kajian-kajian yang dijalankan mendapati wujud hubungan kukuh antara pengambilan makanan yang mengandungi strawberi dengan kes-kes muntah serta cirit-birit.Bukti-bukti juga menunjukkan norovirus,penyakit bawaan makanan atau air itu merupakan punca kejadian tersebut.Namun, institut itu tidak menolak kemungkinan atau patogen lain menjadi puncanya.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Jerman, Holger Eichele memberitahu, strawberi-strawberi itu dipercayai datang dari luar Kesatuan Eropah(EU).Masalah muntah dan cirit-birit itu bagaimanapun tidak terlalu serius apabila pesakitnya tidak perlu ditahan di hospital.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge