Strawberi punca muntah, cirit-birit di Jerman

Di Berlin Jerman, dilaporkan strawberi-strawberi beku menjadi punca kepada tersebarnya wabak radang perut dan usus di timur Jerman.

Walaubagaimanapun masalah ini tidaklah serius kerana pesakit yang terkena jangkitan ini tidak perlu dimasukkan ke wad hospital.

Perkara ini dikenal pasti pihak berkuasa Jerman dan dikatakan penyakit ini telah menyerang lebih 11,000 orang terutama kanak-kanak .

Kajian yang dijalankan Institut Robert Koch mendapati wujud hubungan kukuh antara pengambilan makanan yang mengandungi strawberi dengan kes-kes muntah serta cirit-birit.

Menurut Holger Eichele iaitu jurucakap Kementerian Kesihatan Jerman, strawberi-strawberi itu dipercayai datang dari luar Kesatuan Eropah .


foto Getty Images

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge