Susu Pelihara Kesihatan Otak.

Susu terkenal sebagai minuman yang menyihatkan serta baik untuk pertumbuhan tulang dan badan.Satu penyelidikan yang dilakukan di Universiti Maine,Amerika Syarikat,mendapati bahawa orang dewasa yang minum susu setiap hari dapat memelihara kesihatan otak.

Penyelidikan ini dilakukan melalui ujian terhadap 900 responden yang berumur di antara 28 hingga 98 tahun.Antara uji kaji penyelidikan tersebut adalah seperti ujian visual dan ujian verbal.Hasilnya mendapati bahawa mereka yang mengambil susu secara rutin,menunjukkan peningkatan gerak kerja otak dan mental.

Selain meningkatkan gerak kerja otak,hasil kajian itu juga menyebutkan tentang beberapa manfaat lain hasil daripada amalan minum susu bagi orang dewasa iaitu:
-Orang yang amalkan minum susu secara rutin keseluruhannya cenderung memiliki pola makan yang sihat.
-Nutrisi di dalam susu didapati juga mencegah penurunan kadar mental seseorang.
-Melambatkan atau mencegah disfungsi neuropsikologi.
-Menjaga kesihatan tulang kerana memiliki kandungan vitamin D yang melimpah selain menguatkan tulang hasil bantuan kalsium yang terdapat di dalamnya.

Jadi,untuk mendapatkan manfaat yang melimpah dari minuman ini,pilihlah susu dengan kadar lemak yang rendah dan amalkan sebanyak dua kali sehari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge