GameNow WP Theme

Dark Light
Tips Ibu Mengandung: Sesuaikan Evening Primrose Oil (EPO) untuk ibu mengandung?

Evening Primrose Oil atau bahasa singkatannya EPO amat terkenal dalam kalangan wanita di Malaysia kini. Supplement ini dikatakan dapat melegakan sindrom pra haid yang menyakitkan dan juga ia dapat meningkatkan peratusan wanita untuk hamil. Evening Primrose Oil ini mengandungi struktur kimia gamma linolenic yang bertindak sebaga prekursor dalam penghasilan prostaglandin.

Kehadiran prostaglandin dalam badan kita akan mengubah beberapa kesan fisiologikal terhadap tubuh badan kita. Antara perubahan yang terhasil dengan kehadiran prostaglandin ini adalah mencetuskan tindakan pengecutan rahim (uterine contractions). Menurut Panduan Kesihatan Ibu Hamil kesan yang dicetuskan oleh prostaglandin ini akan membantu para ibu untuk bersalin kelak. Diakhir trimester atau pada 9 bulan kehamilan, ibu hamil digalakkan untuk mengambil Evening Primrose Oil bagi membantu dan memudahkan proses kelahiran.

Tetapi, jika tempoh mengandung baru mencecah trimester pertama dan kedua adalah amat dilarang untuk mengambil Evening Primrose Oil ini. Hal ini kerana dikhuatiri ancaman keguguran akan dialami oleh ibu mengandung. Dalam Panduan Kesihatan Ibu Hamil ini lagi, anda jangan terkejut kerana ia merangkumi segala aspek berkaitan kehamilan selain daripada masalah supplement ketika hamil termasuklah perkara berkaitan keguguran. beli mengandung Tips Ibu Mengandung: Sesuaikan Evening Primrose Oil (EPO) untuk ibu mengandung? Selain itu, ramai pasangan tidak tahu punca-punca kepada berlakunya keguguran. Malah ada diantara mereka ‘sengaja’ mendekatkan diri mereka kepada risiko berlakunya keguguran. Jadi dengan Panduan ini diharapkan bakal ibu-bapa lebih peka terhadap sebarang risiko yang boleh membawa kepada keguguran.

Apa yang istimewanya Panduan ini adalah, ia bukan sahaja menceritakan masalah-masalah yang bakal ibu mengandung hadapai malah ia juga ada menerangkan lebih ‘detail’ termasuk gambar rajah apa yang perlu wanita mengandung lakukan supaya senang untuk bersalin kelak.

250x250 Tips Ibu Mengandung: Sesuaikan Evening Primrose Oil (EPO) untuk ibu mengandung?

Kini, pelbagai maklumat berkaitan ibu mengandung senang sahaja boleh didapati secara online. Rujuk sahaja laman web Panduan Kesihatan Ibu Hamil untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan penjagaan kesihatan ketika hamil.

Sumber ini dipetik daripada: www.9bulan.info

pixel Tips Ibu Mengandung: Sesuaikan Evening Primrose Oil (EPO) untuk ibu mengandung?
Sponsor
   

DAPATKAN UPDATE TERBARU

Update terbaru terus melalui email korang. Terima Kasih atas sokongan korang! Tanpa korang, takde la blog esempoi ni..hehe

Email Korang:

TwitterCounter for @sha_munira  


3 Comments
  • remmie
    May 17, 2011
    #1

    …… HIKAYAT KANDONG MENGANDONG
    DI ALAM MITHAL & ALAM AJSYAM ……

    Info yg menarik fasal tips panduan ibu yg mengandong, :dsadasccc:
    Koq nak seket perkatakan sapakah yg mula menanggong,
    Sedar2 perut Ibu sudah besar buncit mengisi dikandong,
    Cukop tiba masanya terlerai sudah hasilnya yg ditanggong…

    Begitu Sunnah-Nya proses alam tabie nyatanya manusia,
    Dari Insan Ghaib menjadi manusia sempurna kealam nyata,
    Bermula dari Alam Antah Beratah ghaib itu asal kamu berada,
    Seperti Firman Allah dijadikan Alam Semesta dlm enam masa…

    Menanggong Bapa-mu 44 hari amat gelisah berahi rasanya,
    Yg ditanggong dlm kandil yg samar disitu kamu itu berada,
    Yg diidamkan Ibu-mu Tekah yg bakal mengurniakan hasilnya,
    Cukop 9 bulan menghitong 10 jari berdebar Ayah dan Bonda…

    Kapan lahirnya kamu nama kamu Cahaya Mata Ayah-Bonda,
    Susah Ayah menanggong Ibu-mu mengandong penoh derita,
    Dari tapak kaki selebar dua jari kamu menjadi orang dewasa,
    Sanggopkah kamu menjadi anak durhaka pada Ayah-Bonda..??

    Allahu’alam & Wassalam….

    ” SELAMAT HARI IBU…….”… :dsadasccc:
    Hari Bapak kapan, ya..??…. :dsadasccc:

  • zik
    June 15, 2011
    #2

    untuk mereka yang mengandung iaitu wanita disarankan untuk beli, bagi yang first time lah kot.. kalau dah banyak kali ..takda masalah kot…
    zik´s last [type] ..Wordless wednesday 3

  • kakyong
    July 15, 2011
    #3

    dah 3 kali mengandung, x pena pun makan EPR ni masa pregnant..
    actually memakan obimin seleps bersalin (utk tempoh 30 hari) sudah cukup utk membantu mencepatkan proses pengecutan rahim, selain menyusu badan bayi..
    jika di hospital gomen akan dibekalkan asid folic & vit B, fungsinya sama spt obimin

Leave a Reply:



CommentLuv badge

:comel: :menari: :teruja: :korek: :jahat: :bye: :study: :jalan: :tidur: more »


Sila Tengok Sila Like Fanpage Esempoi
Apesal.com
Latest Comments Login
Hi Stat
Meta